Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 6, 2011

eiduladha kami di besancon

xde preparation apa2pun....

don't ask me why....

but, still nak masak something special for this eid... but kekeringan idea...yesterday, dah masak nasi beriyani, kira special lah kan.... duduk berdua, masak cukup utk dua org jelah....dah tu, xterer masak...asyik tgk internet je kalau nak masak......

so, today, x terasa nak masak nasi color2 dah....

fikir punya fikir....

masak sup ayam jelah...nanti kita tgk, jadi mee sup or bihun sup....xpun masak nasi..hik3.... but, rasa nak makan bihun sup..but xtahulah mr. H.... sambal kicap pun dah buat..tapi terlebih kicap..sebab guna blender...salahkan blender pula...

**************sambal kicap..**************

2ulas bawang putih
8biji cili padi(ikut suka nak banyak mana, tapi tadi guna cili hijau je..)
gula sikit
kicap..

cara-cara: tumbuk semua kecuali kicap..dah lumat campur kicap..kacau bagi sebati..siap dimakan..huhu

****************************

resepi asal dari blog hanamemories...thanx

utk sup ayam.. memandangkan..saya nak jimat sup bunjut..try resepi dari blog ini..klik2.... thanx..saya copy utk rujukan akan dtg... itu sahaja utk hari ni.. makan daging korban, igtlah saya disini... ^__^

**************bihun sup**************

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Mee hoon secukupnya dicelur hingga lembut dan toskan
Sambal kicap
Tauhu, goreng dan hiris (tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  5. Letak mee hoon secukupnya dalam bekas sesuai, isi dengan sup ayam serta isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka..
****************************

No comments:

Post a Comment