Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

Sifat Bolak Balik Hati

Artikel dibwh copypaste from:http://tinta-perjalananku.blogspot.com/

Assalamualaikum,
 
Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak dan dari seorang anak berubah menjadi remaja. Dari remaja berubah menjadi dewasa dan akhirnya menjadi tua renta hingga ajal menjemput nyawa.

Ini bererti manusia adalah makhluk yang sentiasa mengalami perubahan. Perubahan sangat dekat dengan fitrahnya serta sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti :
  1. Pengetahuan.
  2. Keyakinan.
  3. Pergaulan.
  4. Pengalaman.
dan sebagainya.      
                                                      
Sangat jarang kita menjumpai manusia yang tetap tanpa perubahan kerana perubahan pada diri manusia merupakan suatu kelaziman.

Pada asasnya, manusia memerlukan perubahan dan kehidupan akan terasa jemu tanpa adanya perubahan.

Seorang karyawan merasa jemu melakukan pekerjaan yang tidak berubah. Setiap orang mengalami kejemuan dengan sesuatu yang bersifat 'monotonous'.

Begitu juga dengan hati kita, ia akan sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap.
  1. Kadang-kadang hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya mengeras.
  2. Kadang-kadang hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
  3. Kadang-kadang hati begitu tawadhu' manakala di masa lain ia berubah menjadi angkuh.
  4. Suatu ketika, hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah dan langsung menjadi tidak sabar.
  5. Suatu waktu, hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong dan   bingung.
  6. Hati boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
  7. Dalam beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyu' dan boleh pula dengan mudah menjadi lalai.
Firman Allah swt :

"Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka."(QS Al-An'am: 110)

Iman yang ada di dalam hati pun boleh berubah-ubah.
  1. Pagi hari beriman, petang hari ingkar.
  2. Petang hari beriman, pagi hari kufur.
Begitulah sifat hati manusia. Perubahan hati sangat cepat dan kadang-kadang tidak mampu dikendalikan dengan baik.

Boleh jadi,
  1. Hati dihiasi oleh sifat-sifat yang luhur, namun dalam masa yang sama, ia boleh dililit dengan sifat-sifat yang tercela.
  2. Hati dapat merasakan ketenangan ketika bersama Allah namun, ia juga boleh merasa resah ketika menghadap Allah kerana ia merasa banyak dosa saat menghadapNya.
Hati dalam bahasa Arab disebut dengan 'qalb' yang ertinya bolak-balik kerana memang sifatnya yang cepat berbolak-balik (berubah).

Hati bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pokok yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Demikianlah yang di sabdakan oleh Rasulullah saw :

 "Hati dinamakan 'qalb' kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas." (HR Ahmad)  

Bahkan dalam hadits lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang mendidih.

Rasulullah saw pernah bersabda :

 "Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih." (HR Ahmad)

Perubahan hati terserlah pada tutur kata dan kewujudan perbuatan yang dilakukannya. Oleh yang demikian, kita tidak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering bersilat lidah atau orang yang tidak memberi sepenuh komitmen dengan janji yang ia ucapkan.

Namun, walaupun keberadaan hati sentiasa berubah terus, bagi seorang mukmin, hendaknya ia berusaha menjaga dan merawat kebersihan hati dari penyakit yang hendak merusakkannya.

Hati boleh berubah-ubah selama mana perubahan itu tidak menjurus kepada maksiat atau durhaka kepada Allah.

Tidak ada seorang pun yang dapat menjamin hatinya tetap dalam sesuatu keadaan di mana hati akan berubah mengikut perkara yang sedang di hadapi.

Perbezaan perkara yang dihadapi boleh menyebabkan berlakunya perubahan hati.

Misalnya dalam bekerja, jika pekerjaannya banyak membawa keuntungan, hati akan tenang dan  terasa mudah untuk bekerja namun, apabila pekerjaannya muflis, maka hati akan mula resah dan  berpaling darinya.

Hati akan condong kepada perkara yang disukai dan berpaling dari perkara yang tidak disenangi. Dari sinilah, dapat diketahui bahwa perbezaan niat atau motivasi seseorang dalam melakukan pekerjaan ditentukan oleh sudut pandang yang berbeza-beza.

CONTOH 1 :

Orang yang solat, di saat 'takbiratul ihram' ia niat ikhlas kerana Allah, tetapi ketika berada di tengah-tengah semasa melakukan solat, hati boleh berubah sewaktu-waktu, kerana ia mengingati sesuatu atau kerana ia terlena dengan pujuk rayu syaitan.

CONTOH 2 :

Orang yang bersedekah, di permulaan niatnya adalah kerana Allah, tetapi setelah mendapat sanjungan dan pujian, niatnya berubah menjadi bangga serta ingin mendapat pujian.

Perubahan-perubahan ini yang semestinya dijauhi dan ditinggalkan oleh orang yang rindu akan rahmat Allah.

Rahmat dan ridha Allah akan diberikan kepada orang yang beramal kerana Allah semata-mata mulai dari awal hingga akhir amalnya serta ia tidak dapat menjaga niat ini kecuali ia menyerahkan urusannya kepada Allah sebelum beramal.

Kita mestilah mengetahui bahwa hati berada dalam genggaman Allah.

Firman Allah swt :

"Sesungguhnya Allahlah yang membatasi antara manusia dan hatinya." (QS Al-Anfal : 24)

Dengan kata lain hanya Allah yang menguasai hati manusia.

Allah swt tidak akan menerima amal kecuali orang yang hatinya bersih (ikhlas).

Firman Allah swt :

"Kecuali yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (QS Asy-Syu'araa' : 89)

Hati juga boleh mengeras disebabkan :
  1. Banyak melakukan larangan Allah dan sering meninggalkan perintahNya.
  2. Menjauhkan diri dari ulama'.
  3. Sering ketawa.
  4. Mengambil makanan yang haram.
Melakukan dosa besar misalnya boleh menyebabkan hati menjadi beku. Hati yang beku akan sukar untuk menerima sentuhan hidayah Ilahi dan jauh dari rahmat Allah swt.

Allah swt berfirman :

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah." (QS Az-Zumar : 22)

Sebaliknya Allah swt bakal mengampuni dosa orang yang takut pada azabNya dan ia datang dengan hati yang bertaubat di mana Allah menggolongkan mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beruntung dan terus terpaut denganNya.

Allah swt :

"Bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat." (QS Qaaf : 33)

Seorang mukmin mesti mengetahui :
  1. Keadaan hatinya yang sentiasa berubah-ubah.
  2. Penyebab hati yang menjadi rusak.
  3. Usaha-usaha pencegahan hati dari kerusakan.
  4. Jalan-jalan penyelesaian untuk menyelamatkan hati.
Jika kita mengetahui hati mulai terasa sakit, ia mestilah cepat-cepat mengubati hatinya sebelum ia tertutup yang pada akhirnya akan membuat dirinya akan hancur.

Masalah ini sangat penting kerana Allah swt telah mengingatkan kita akan bahaya hati yang keras, lalai, sakit, buta, tertutup, terbalik dan terkunci mati.

Tanpa menyedari bahwa hati itu sentiasa berubah-ubah, seringkali ia tidak bersedia menerima masalah yang di hadapi.

Dengan menyedari bahwa hati yang sentiasa berubah-ubah, seseorang akan lebih bersedia menjalani kehidupan di bawah ketetapan Allah swt.

Perhatikan anjuran Rasulullah saw di kala kita menyukai sesuatu.

Rasulullah saw pernah bersabda :

"Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya sahaja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya sahaja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti." (HR Tirmizi)

Hadits ini menganjurkan kepada kita sikap bersederhana dalam menghadapi permasalahan hidup serta melarang kita dari berlebih-lebihan dalam setiap perkara kerana Rasulullah saw sangat mengetahui bahwa hati manusia sentiasa berbolak-balik.

Sekarang mungkin ia cinta, besok sudah lupa, kelmarin sangat benci, sekarang begitu rindu ingin bertemu.

Maka, hendaklah kita jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara kerana ianya termasuk perbuatan yang dilarang dan merupakan perbuatan syaitan.

Mengapa hati sentiasa berubah-ubah?

Ini adalah kerana ia merupakan muara dari segala tujuan.

Misalnya, jika sesuatu 'A' menyentuh hati dan berpengaruh kepadanya, maka dari arah lain ada pula sesuatu 'B' yang meresap ke dalam hati yang berlawan dengan sesuatu 'A', hinggakan hatinya menjadi berubah.

Demikianlah yang berlaku ketika syaitan turun ke hati dan mengajaknya untuk memperturutkan keinginan nafsu, maka malaikat akan turun ke hati untuk menghalau syaitan dari hati.

Jika syaitan menarik hati untuk berbuat keburukan, maka malaikat menarik hati untuk berbuat kebaikan.

Dengan yang demikian, dalam suatu waktu, akan berlaku perebutan antara syaitan dan malaikat untuk menguasai hati.

Hati akan penuh dengan sifat-sifat keburukan jika ia mengikuti bisikan syaitan dan memperturutkan bisikan itu  manakala hati akan penuh dengan sifat-sifat yang baik, jika ia mengikuti bimbingan malaikat dan merealisasikan dalam perbuatannya kerana sifat hati itu sentiasa berubah-ubah.

Meskipun hati sentiasa berubah, ada perkara yang tidak boleh berubah, iaitu :
  1. Keimanan kepada Allah.
  2. Ketaatan kepadaNya.
Janganlah sampai iman dan taqwa kita berubah-ubah kerana kedua-duanya adalah tiang kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak.

Baik dan buruk, bahagia dan susah, pahala atau siksa, syurga atau neraka bergantung pada kedua-duanya.

Begitu pentingnya perkara di atas sehingga keduanya menjadi kayu ukur diterima atau ditolaknya amal perbuatan oleh Allah swt.

Oleh kerana itu, Rasulullah saw sentiasa berdoa agar diberikan ketetapan hati untuk mentaati Allah swt.

 "Wahai Zat Yang Memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepadaMu!"(HR Muslim)

Keikhlasan mesti tetap terjaga kualitinya pada saat kita beramal. Jika ia rusak, maka cederalah amalnya.

Ikhlas beramal kerana Allah tidak boleh berubah, kerana ia adalah ruh ibadah. Tanpanya, amal akan menjadi sia-sia.

Begitu juga dalam kita tetap berpedoman kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Ianya tidak boleh berubah atau berpindah kepada pedoman-pedoman yang lain. Kedua-duanya adalah pelita hidup dan penuntun menuju syurga Allah swt. Orang yang berpijak pada keduanya akan selamat di dunia dan di akhirat.

Akhirnya kita hanya mampu berusaha dan berharap semoga Allah swt berkenan memberikan kemantapan iman, ketaqwaan, keikhlasan dan ketetapan untuk berpedoman dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah kerana dengan ketetapan hati pada perkara-perkara tersebut merupakan modal awal untuk kita sentiasa dapat bersama Allah swt.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, maka tetpkanlah hati kami di atas agamaMu dan lindungilah hati kami dari sifat lalai, lupa dan buta sehingga kami mampu menangkap keagungan dan kebesaranMu.


Ameen Ya Rabbal Alameen

source and credit to:
WAS


Wednesday, November 21, 2012

anakku

Wildan sekarang...more attached to his tok ibu and bibik...

nampak tok ibu terus tolak umi die...nak pergi dkt tok ibu....bibik dukung, xmo umi dah..huhu....

nasib baik umi wildan xkisah...asalkan wildan ok, umi no problems...cuma kadang2 nak bawa jln pun dia x nak umi dia...aiyoo....and sian juga dkt tok ibunya asyik kena dukung dak kecik yg montel lagi comel yg dah 9kilo nie.

ow wildan dah pandai memanjat..laju je nak panjat sana sini.....panjat2, nampak umi terus nak pergi dkt umi dia...padahal x pandai jalan lagi...so lepas tgn terus jatuh...cian anak umi ni...tapi kadang umi die nakal gak...bile wildan diri pegang katil, saje je biar wildan lepas tgn sebab nak pegi dkt umi dia..tapi umi dia dah buat protection, dia jatuh atas timbunan bantal and umi dia sambut...huhu

Thursday, November 8, 2012

spread the love

wildan saayyaaangg umi...

umipun saayyyyaangggg wildan sgt2...

^_^

semoga keluarga yg dibina dpt menjadi keluarga dae'i ameenn...

tu gambar last month...masa dinner dkt jm beriani....sementare tunggu makanan yg dipesan..snap2 lah gambar...n all of sudden wildan g ngap akak kiss pipi umi die.....precious moment..so snap cepat2..hihi...

anak ini amanah dari Allah...semoga kita semua mampu menggalas tugas ini dgn jayanya..semoga anak yg dididik bakal menjadi anak yg soleh dan dapat membuatkan umi and ayah dia ke syurga nan abadi....

kadang bila tgk muka anak yg suci nan bersih ini, rasa kesian if kita x dpt didik dia dgn betul..iyelah....lahir kedunia dgn zero dosa......suci lagi.......so, kenalah cube sehabis baik supaya nanti bila kita disana, akhirat nan abadi kita akan tersenyum kegembiraan..

same goes to us...kenalah jadi anak yg soleh, bykkan berdoa untuk mereka....jgn susahkan mereka dll...

till then....

Wednesday, November 7, 2012

sudah pandai mengensot kedepan dgn jayanya

Alhamdulillah..finally, this week wildan boleh mengensot kedepan dgn
jayanya dan lajunya...huhu..reverse xpyh citelaa..mmg sgt expert.....

kalau nak bagi di kedepan..letak je mainan favourite, confirm die akan
kedepan...comell je.......

sudah pandai makan juga...fuuuhh..terasa berat...bertmbh
muscle.....hohoho...kalau makan depan wildan, confirm mulut wildanpun turut
mengunyah walau xada makanan dlm mulut die...hehe

masa dgn wildan makin kurang..sbb last week umi die demam..so xlarat..dis
week pn x berapa nak baik sebab xmkn. ubat..heee.....cian die, umi die duk
pass die dkt org lain je....mlm nie, kte g usrah sama2 ye wildan
cayang......

Tuesday, October 30, 2012

wildan is 7 Months and daddy is coming Home

Wildan should sing like this..

Daddy is coming home...
Daddy is coming home...
Tell the world daddy that daddy is back tonight~~~~

^__^


yes..yes..yes...his father is back for good..alhamdulillah..finally after 7months, wildan can be with his father every single day......

and for his mom, new environment again..need to change my routines and wildan's routines.....but coz it is in a good way, i am more than happy to do it..but, it is quite sad since i can't stay with my beloved parents anymore..huuu...

and my sis wedding is just around the corner..ho yeah..lets help tok umi during this school holiday....can't wait...

Monday, October 29, 2012

taktik wildan

lately, my honey bunch, wildan ku sayang, manja umi.....pantang nampak umi dia, menangis mintak dukung x mahu lepas....**sigh**

jenuh sbb blk kampung hari tu, mcm muzik..uwaaa,,uwaaa......tambahan demam selesema and cirit birit..umi die cptlah pujuk and main and dukung dia..now he is too clever....nangis je...boleh lak tu nangis sampai keluar air mata sedih sangat minta dukung...hu~~

apelah budak comel ni, aunties and uncles nak main dgn diapun susah...coz die x mau...memilih..alhamdulillah uncle ariff dia nak juga.....and certain times dia nak juga dgn aunties,uncles, atok2 and opah2 dia....umi die laarriii g makann...hihii.....blk t.intan x makan byk xsah u~~~tambah lagi rambutan tgh berbuah lebat..sukaaa~~~~~~durian and lemang...fuhhh..rezeki..tambah ada sup tulang...alhamdulillah..kenyang.. ^_____^ semua org blk t.intan bila blk kl klu x tmbh berat sekilo dua x sahh...mulut duk complaint makan byk nnt gemok..tapi tetap makan nonstop..huhuuuhu...


Wednesday, October 24, 2012

demam dan puasa arafah

wildan demam....cian dia....ambil cuti and bawa g klinik....alhamdulillah xlamapun tunggu...cumanya~~~~anak umi, jumpa doktor nangis....huhu....igt doc nak dukungla tu...padahal nak ambil temperature and cek nafas and degupan jantung je pun...quite high temperature dia and dapatl ubat punyelah banyak..selsema,demam,batuk, antibiotik...fuuuhhh..umi die tgk aiyooo..jenuh ni...memang jenuh nak bagi mkn....nangis2 xmau....kite dkt kiri, die psing kanan,,tau lak tu kita nak bagi ubat...

 extra manja...berdukung je..n kena jalan je....fuuhh,,,die tido..dengan umi2 dia sekali tido...hehehe....alhamdulillah atuk die ade..umi xlarat, atuk dukung..hihihi....org 1st time jaga anak xsihat, mcmnilah...

today dah ok sikit..tapi manjeee lg..huhu...syafakullah anakku cayang~~~~~~

esok puasa arafah jom~~~~~

Rasulullah SAW ditanya tentang  berpuasa di hari 'Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadith Riwayat Imam Muslim).

and selamat menyambut hari raya aidiladha...xsabo nak balik teluk intan~~~~~~~~~~~~

Wednesday, October 17, 2012

sharing is caring right??

eventhough it is quite impossible to implement it since i'm not a housewife..but i can learn..it is possible for me to implement it at night or during weekends right??oh,,,so many things i want to do..can i do it???

i want to finish up ikramteens report, housekeeping, cooking and now homeschooling?? what about my promise to read at least 1 book/chapter a day..dakwah??dakwah is part of my routine..it should be like that..while working u can do it, while meeting friends too....

i can do it..yes i can..insyaAllah...just...dont be too lazylaa.....grow up ummu wildan..there is no time to rest....

feel free to visit this website..quite cool...i should check it first.hopefully she is sunni..insyaAllah..... http://amuslimchildisborn.blogspot.com/

Monday, October 15, 2012

tragedi....

ya Allah..macam2 berita keluar, takut je nak baca and dengar..takut juga jadi pada kita..oh, yg nama adik hari tu salah..bukan syukur tp syukri....maaflah silap info..

hari ni, dkt surat khabar, berita mengenai anak meninggal dihempap tv dirumah semasa family tgh berehat....innalillahi wa innailahi roji'un......semoga keluarga arwah sabar and kuat...

pengajaran yg masih hidup...child proofing dkt umah kena tinggi...memang semuanya ditgn tuhan, tapi kita perlu ambil langkah berjaga-jaga......jangan sambil lewa..memang peringatan utk diri sbb kadang2 memang sambil lewa je.....kadang kita igt x bahaya, tapi sebenarnya bahaya...untuk ibu2 yg masih baru macam diri sendiri, memang banyak kena belajar..dari segi safety,pemakanan,kesihatan,pakaian,doa, cara mengajar anak dan sebagainya...........

"ya Allah,semoga Wildan menjadi anak soleh dan menjadi da'ei yg mampu mengajak manusia melakukan yg maaruf dan mencegah yg mungkar dimasa hadapan.dan semoga keluarga kami menjadi keluarga du'at....ameen."


Sunday, October 14, 2012

My weekend

Alhamdulillah..

Semlm berpeluang join bengkel penulisan...kendalian ezee rahmani...byk yg dipelajari esp kj method.kj method ni sesuai utk sesiapapn yg nk wat novel,cerpen,thesis,laporan dll tp xtau nk start dr mane..jot down ur point dkt setiap paper,br susun msk file n folder..hoho..tulis blogpn leh apply..hihi

N today,dpt msk nasi ayam..nyum3…tp ade bdk xmo tdo....pg tdo kejap..pastu main smpi ptg..ade nap beberapa minit time tghari..hohoho....pnt duk lyn tp sonok sbb asek terkekek ketawa je wildan ni....
Leh lak xmo ltk sbb nk main..ltk je,nanges...dukung je gelak...bg diri je duk lompat2..ltk,klu ok,duk golek2..hisap sme mende,...semua nk masuk mulut,tp ble bg mkn bubur die tutup mulut lak..xmo mkn..aiyooo,isap baju,tudung punyela nyot2..bg bubur die zip mulut..huhu...

Anakku masih ramah tamah n xmo org...dieleh nanges siap2so that org len xkn dukung die.......ish3...

Till tehn,gambo die kiss/ngap pipi umi die akan dipost nnt insyaAllah....

Wednesday, October 10, 2012

terkejut...geram..

tadi..baca2 twitter n fb...terpandang tweet2 dari fedtri yahya....adik ahmad adam syukur, tgh di wad icu..nampak kritikal....sedey je, bila baca nurse2 yg jadi bidan kepada ibu tu cakap dgn perkataan2 yg x sepatutnya..and akibatnye baby lambat lahir menyebabkan condition bayi mcm sekarang...x abes baca and takut salah info......kalau saya salah tolong betulkan..sedih tgk sbb lahir pada blan yg sama wildan dilahirkan.......so, diharap kita dpt menyumbang sedikit kpd parents...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

apa2pun, nurse2 memang x patut cakap macam tu......bekerja kenalah dgn ikhlas..mulut jgn sesekali celupar...terutama pada mereka yg tgh sakit......cubalah bantu sebaik mungkin...and baby yg bkl dilahirkan itu x berdosa, suci bersih...lagilaaa x patut....

semoga ibu adik ahmad adam syukur tabah..sesungguhnya ujian itu mendekatkan lgi kita kpd Allah.......sesungguhnya Allah itu maha berkuasa....ada sebab dan hikmah yg mungkin kita x nampak...tapi jagalah anakmu sebaik mungkin kerana anak itu permata yg berharga dan merupakan saham kita diakhirat nanti...jika kita dah xada nanti, anaklah yg bakal mendoakan kita...dan jika ditakdirkan anak itu pergi, dialah yg mungkin akan menyebabkan kita ke syurga....

kadang terfikir, bagaimana ada yg tergamak membunuh baby yg baru lahir......adakah hati sudah mati????semoga segera bertaubat........kerana azab Allah itu amatlah pedih....

Monday, October 8, 2012

input seminar komunikasi efektif keluarga du'at

Alhamdulillah.

semalam berkesempatan menghadiri seminar komunikasi efektif keluarga du'at. Alhamdulillah byk info. Rugi mr. H x dtg. tapi iyelah, dia dkt oversea, mcmmana nak pergi. Input2 yg menarik daripada Pak Utih.

First of all, Pak Utih minta para suami and isteri tulis problem komunikasi yg dihadapi. So yg si isteri kebanyakan tulis suaminya x responsive, x mendengar, jump into conclusion and etc. while para suami pula tulis slh faham, byk sgt arahan and etc.

byklaa input..nak listkn punya byk and kne recall..xsempat nak wat kat office nie.conclusion yg dpt utk reminder  diri sendiri:

1)lelaki if nak bagi info/arahan mmg kena bagi 1 arahan at a time.samelah utk anak ke suami ke...coz dorang xleh terima input byk sgt at one time. so, bole je minta tolong husband, tp xleh sekali byk, cnfrm dorg x wat...or wat 1 or 2 je..and kalau nak husband beli barang, buat list ye,,,jgn ckp ape2 je or anything else...ssh dorg nnt..ktepn pening/geram nnt
2) lelaki mmg krg mendgr.nature dorg mmg camtu. unlike perempuan sme leh dgr, lelaki x...mcm too focus at one thing  je....
3)perempuan mmg nature dia byk ckp and perlu melpskn apa yg terpendam. so, suami kenala cube mendgr, angguk je pun jadilah..asalkan dpt lps apa yg terbuku dihati. xlama pun..dlm 10 min je..lps tu mesti lps tu si isteri akan lega n puas ati..

tu je wat mase skang...

women and men are different. so please treat them differently and not equally....jgn menzalimi satu sama lain

Thursday, September 6, 2012

STRIVE FOR MARDHOTILLAH

Manusia ni memang cepat lupakan?huuuu...bila baca-baca status di fb and tweet2 org di twitter, terasa insaf....contohnya dari Angel Pakai Gucci punya tweet/status di FB..memang selalu menusuk jiwa or melempang diri ini...tapi bila nak mengamalkannya, selalu bertangguh2....nak buat, tapi....haa...ade je tapi tu...

Antaranya:
we do too little dakwah,
too little tarbiyah,
and too much jahiliyyah.
yet we expect to enter jannah..??
pfffttt

Gerabak perjuangan ini sedang bergerak meluncur laju. Sama ada kita naik atau pon tidak, ia akan tetap menuju destinasinya - sorga abadan abadaa.
Kenapa perlu berubah menjadi lebih baik? Uhm. Letakkan tangan ke dada, pandang atas, pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ah, anda punya jawapannya! ;D

ini blog angel pakai gucci...osem~~~ http://angelwearsgucci.blogspot.com/

tu je.....so~~STRIVE FOR MARDHOTILLAH..... 

P/S: my target: membina keluarga yg diredhai Allah..insyaAllah....oleh itu kena mula dgn bykkan berdoa dan bykkan membaca dan amalkan..ohhh..rindunya..lama sudah x membaca buku and majalah...

P/S 2:lepas tidurkan wildan time mlm, umi wildan sila jgn terlelap sekali.....baru byk kerja boleh siap

Friday, August 31, 2012

jasa ibubapa

"anak minta nak bawa nugget tapi tak sempat beli...cuma bagi kek je la.. muka masam je masa gi sekolah"


"Anak saya sendiri pernah booking untuk membawa juadah spaghetti, namun disebabkan waktu 'preparation' tersebut jatuh pada hari bekerja , maka tak dapatla saya memenuhi kehendaknya....Nampak hampa di riak wajah anak...Kasihan"



"Malam tadi terpaksa meredah hingga lewat malam mencarikan bendera kecil untuk dikibarkan..."


itulah antara komen ibubapa bila xdpt memenuhi kehendak anak,,,seboleh2nya mereka nak penuhi ..tp apekn daya,kadang2 x dpt nak penuhi....bila nak jadi ibu bertambah memahami........terasa diri ni teruk dulu...sekarang pn kot??eheh...berubah2......

oleh itu, marilah same2 kita menghargai ibubapa kita dan berbakti kepada mereka....wildan igt tau~~~~~

"keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibubapa.Kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan ibubapa" (HR.BUKHARI DAN MUSLIM)

"Allah telah menetapkan agar kalian tidak beribadah selain kepada-Nya; dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua ibubapa". (Al-Isra' :23)

Tuesday, August 28, 2012

wildan dah 5 bln

How your baby's growing:

Your baby can't express his emotions in the same complex way you can. Although he can clearly let you know when he's happy or unhappy, his ability to demonstrate his love and sense of humor is just developing.
As your baby gets older, he may start to cry when you leave the room and get excited when you come back in. He may also raise his arms when he wants to be picked up and give you pats on the back.
And you'll probably see him getting your jokes — he'll laugh at funny expressions and try to make you laugh too. Keep the laughter flowing with your silly faces!

Alhamdulillah...xsangka dah 5 bln..mcm kejap je rasanya....huhu..xlama lagi dah boleh mkn solid food..xpayah risau takut ada org bg mkn lg..cumanya kalau boleh kena bagi mkn lambat lagi, coz die skang bambam....dr. fauziah ckp, bg lmbt sket pun xpe..takut kalau bg awal, berat die susah nak turun nanti...huhu...

Allah itu maha Adil dan Mengetahui...dulu, masa b4 kawen, mkn memang x byk, so senang berat nak maintain..bila dah pregnant, awal2 x lalu makan, xapa lg...bila dah lalu makan, duduk france jap, makanan x byk choice, tu yg x byk mkn..ermm..xsebyk kalau dimalaysia...lepas bersalin, pantang...time pantang,byk makan,but limited choices and menyusu...and now, bila selera sgt byk,wildan asyik nak dukunglah,menyusulah dan ape2 lah..menyebabkan umi wildan xsempat nak mkn or berjaya tahan nafsu makan.... ^___^ Alhamdulillah...cuma sekarang umi wildan kena paksa diri rajinkan diri, cukupkan bekalan susu wildan,..chaiyok2...jgn mls...

note to myself..
you say you love paradise, yet you do not work for it..

ya Allah kuatkanlah diriku..bantulah diriku supaya merajinkan diri dlm meningkatkan ilmu,menyemai tarbiah dan menyuburkan gerakan dakwah...ameen....chaiyookk siapkan laporan yg tertunggak dan proposal hari raya...

Friday, August 24, 2012

resepi and wildan

nak ltk gambo wildan...dah lame x letak picture dkt blog ni...wildan dah kenal org...nmpk org lain je,nk nanges.....klu good mood je,die okla jugak...
no camera plz...hihi

n nk ltk respi juge..sng nk msk len kali...resepi nasi minyak dh penah ltk...pakai resepi sama je..die tulis nasi beriyani, tp kita ckp nasi minyak..hihi....kne msk 2 kali..sbb x cukup...
semlm ramai yg dtg umaH..seronok bile org dtg umah n dpt mkn mknan yg kite msk...cme lps tu collapse.....mne xnye,klu x kat dapur, kne pgg wildan..huhu..
utk kek...aiyooo...awatlaa kalo kita yg masak kek mesti ade je yg xkena...huuu..setkt ni,klu msk kek,1st time mesti xberape jd...ade lupa ltk sumthing kot....len kali nk cube lg..xpuas ati...sbb teringin mkn..dpt resepi dari sini..


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum


Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

thanx a lot to bloggers yg rajin letak resepi....semangat nak cuba lagi sekali nie...sebab mmg suka mkn chocolate cheese cake..

oklaa..tu jelah.............sebelum tu..gambo wildan lg...huhu

Thursday, August 23, 2012

Eidul fitr

Selamat hari raya..maaf zahir dan batin.....

Alhamdulillah masih brrnafas dimuka bumi ni and diberi peluang sekali lg utk menyambut hari raya..this year, sambut raya dijohor....kampung ayah wildan......pegi ari sabtu,blk ahad mlm..coz isnin mlm ayah wildan dah kena balik france blk.....

Semlm,22/8, wildan pegi check up n kena inject 5bln.....berat 7.9kg,panjang 65cm..alhamdulillah.....

Raya kali ni,umi n ayah wildan dpt duit raya on behalf je...semuanya duit raya wildan....gambo raya?xdpt ambil. 1 family..tapi pic umi n ayah wildan berdua tetap ada..hihi.....nanti ayah wildan blk,kita ambil gambar 1 family ye..........

Today,busy sikit..baru lps masak kek lapis coklat and cheese..dan nasi minyak...today,tok ngah,tok teh sekeluarga,xlupa tok cik sekeluarga nak dtg umah..tu yg masak special sikit...nanti kita copy paste resepimsupaya lain kali umi wildan boleh masak lagi...till then..

Wednesday, August 15, 2012

test email and bulan puasa

saje testing gne email....sng sket nk update..dulu dh pnah gne,pastu
lpe email address...

Perkembangan wildan kite cite len kali lah....dh nk msk 5bln
dh..alhamdulillah.....

Kite cite part bln puasa..mencbr gak....ye r,umi wildan 1st time pose
ade anak.ayah wildan jauh nun disane..kelam kelibut gak..alhamdulillah
duk dgn parents..leh gak relax,cuti dari masak..hiihi..syukur
dipermudahkn..cume wildan,time kite buka puase,diapun nak join
skali....same goes to sahur....umi die nk msk je,die celik,nk solat
je,celik....memang manja dgn umi......kalau merajuk,laparpun nangis
dulu,kasi susu xnak...kena pujuk baru ok and nak nyusu....ade style
pujuk..slh pujuk siaplah umi die..huhu...sabo jelaa...

Tapi this week ayah dia ada,sonokla tu....dpt semua yg dia
nak...umipun sonok.......

Oklaa..tu je dulu...alaa xleh send picture sekali...


senyum

hohoho..

lame sungguh x berblogging..how come??

jarang duk lame2 dpn komputer..kalau duk lame2 pun utk keje je...and shopping online brg yg perlu beli..

nipun tgh keje...curi2 update blog sambil design ucapan selamat hari raya utk sekolah...

ayah wildan ade di msia seminggu..so kite penuhkan masa sebaik mungkin..sonok sbb ayah die je jage....krg penat sket...huhu....eh g

sok leh g bli baju raya n brg2 berkaitan raye..ho yeaahhh.. :)..baru nk bli ke???huhu..ayah die nye je byk yg xbeli lg.

sebelum terlupa..nak letak resepi kek batik

bahan
1 paket Milo (yang paling kecik)
1 paket biskut marie (dipatah-patah  kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g 
1/2 tin susu pekat manis (me letak xsmpi setghpn) 


cara
1)Masukkan seketul butter,sepaket milo kecik dan susu di dalam periuk. 
2)Kacau laju-laju.Kacau utk pastikan x berketul..
3)Bila dah menggelegak, masukkan biskut marie
4)Kacau biskut tubagi sebati . Tutup api.
5)Masuk kan dalam loyang, pastu tekap
6)masuk dlm peti sejuk..dlm 2jam insyaAllah dah boleh mkn

yummy2...nak lagi~~~

Sunday, June 10, 2012

sudah pndi diagah

abdk kecik comel nie, dh pndi borak2,kne agah...

comel je..cme skang die ske jage mlm...ayb sbb tdo siang lame n die bantai tdo dr kul 8 smpi 12mlm straight x jage2..lps tu die segar org len yg ngantuk bangat...huu~~~~~~

saya x bersalaah~~huhu
Now dah kena wat keje cpt2 time die tdo n time tok umi n atok die jaga dia.........kkl menangguh, abeslaa nanti byk keje x siap..huuuuuu

skang dh bln rejab....xlama lg syaaban n ramadhan...nk berlatih puasa b4 ramadhan kareem dtg...^__^

wildan same2 kte berlatih ye.....

oh wildan ade ibu susu..ibu susu wildan ibu saudara dia...now die dh ade abg n akak...akak die sebaya dgn die...huhu..jzkk n alhamdulillah...

skang tok ibu die jage time umi die g keje.....alhamdulillah wildan anak yg baik n soleh...ok je dia....

berat masa 2 bulan 5.7 kg n tinggi 59cm..

Tuesday, May 29, 2012

2months

Alhamdulillah..

wildan sudah beumur 12bulan........

dah pandai nak ckp2 dgn org........

and plg penting, dgn sme orgdie nk....x jenis merap lg...alhamdulillah......

berat die 5.7kg.......huhu......exercise tiap2 ari..........

nxt week dh stat keje blk....so skang tgh cube merajinkn diri mengepam susu.......pastu tgh bg wildan biasa duk umah tok ibu die....ptg br umi die amek die blk.....

wildan sgt baik...ok je duk umah tok ibu..xragam2...^___^

love u wildan..

Thursday, May 24, 2012

Info penyusuan yg berguna

Info ini amat berguna utk mommy baru mcm saya yg kurang ilmu http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214 http://naturehealthshop.blogspot.com/2012/05/membekalkan-susu-ibu-ke-pengasuh-pusat.html Adeh..xbole lama2..wildan sudah mau jage.. Chaiyok utk pam susu.....

Tuesday, May 8, 2012

Jage anak

Rupenya bkn sng utk jage anak ni... Tp insyaAllah kasih syg mengatasi segale penat lelah... Selamat hari ibu.ummi...hari2 adalah hari ibu.. N happy birthday juge ummi...love u..syg sgt..

Monday, April 23, 2012

baaru ku tau

rupa-rupanya...kalau nak stok EBM byk kena rajim pump..xleh skip..hik3.....

baruku tau...saya ni dahla malas punya orang......lepas ni kena rajin2..kalau x,cian wildan....

hohoho..sila rajin....pastu kena anto g umah ibu...sebabnya rumah nie mana ad freezer beso...eheh........

okeylah.....tgh cuba rajinkan diri utk buat budget,,,

Sunday, April 22, 2012

4weeks

today dah 4 weeks wildan melihat dunia and me n mr. H jadi ibu n bapa...
Not an easybtask n yet it's wonderful...it will become more wonderful
if mr. H is here n not in besancon....but life must go on..,
luckily,alhamdulillah we have wonderful n caring parents from both
sides..,if not, i dont think i can survive,,,alhamdulillah..,
--

Saturday, April 21, 2012

my beloved son


wildan tgh mengajar umi die supaya krg tdo mlm...

Huhu..i'm learning my dear......

and byk perkara baru yg dipelajari setiap hari...kena bykkan bhn bacaan lagi...supaya dpt menjadi ummi yg terbaik buat wildan...

^__^

Wednesday, April 18, 2012

our precious

fuuhh..fuuhhh..tiup2 habuk sket dkt blog ni...

makin lama, makin susah nak update blog......

kalodulu..bole update setiap hari.....this blog dan blog lg satu..skang..nak tgk blog sendri n blog org pun dh xde mase or mls..yela kom pun x buka...blk keje duk tdo or wat keje lain...

oh skang tgh mode bercuti and adapt o new environment....

my beloved baby boy selamat dilahirkan pada 25.3.2012 pada pukul 4.09am....alhamdulillah...

and ayah die hanya dpt tgk die masa die berumur seminggu..and bila die umur 2 minggu ayah die blk france blk....cian dia n ummi dia...

so sekarang tgh adapt laa....dgn xcukup tidur,xtau nape baby asyik nangis and etc...tapi itu pengalaman yg berharga....sekarang masih dlm proses belajar utk buat semua sendiri....mandikan,pakai baju,salin pampers etc...masih belajar,,,sebab semua kena buat cpt2..ummi di slow motion...eheh.....

masih berpantang n xsabo nk abes pantang cpt.....nk sihat cpt......

gambar baby kami pun byk gne handphone je...huhu..tupun rajin ambil sbb nk send dkt ayah dia.....huhu...

Assalamualaikum semua.... saya permata hati ummi n ayah saya..semoga saya menjadi anak soleh wa musleh

kena jadi ummi yg cekap cpt2..mane tau bole travel ke france jumpa ayah dia kalo ummi die cekap kan???uhuk2..bunyi lebih kpd berangan...........

till then,,

Sunday, March 11, 2012

kamera sakit

wuuu..kamera ku sakit.....telah dihantar ke kedai utk dibaiki........xtaulah ble siap...hopefully nnt sembuh sepenuhnya.....

oh...another few weeks je....huhu..neves+excited tu semestinya....

cumanya...tgh pk..cuti 2 bln ke 3 bln ke~~~~~

pastu nnt anto nursery ke ape ke~~~~

huhu........

baby dlm perut mkn aktif...n daku ke bilik air makin kerap....cpt lapar blk....oh no.....baby berat naik xpe...tapi emaknye...xmolaaa byk sgt..ssh mau turun nnt....

ade je gambo2 nk publish tp kemlsan ngadap kom tu terlebih...so tu yg xde gambo

Tuesday, February 28, 2012

35 weeks

adeh..ssh btul nk on komputerand tulis blog...

byk je nak tulis....tappii...blk umah, mkntgk tv,wat keje umah skit2 n tdo..........

sekarang usia kandungan dah masuk 35minggu...lg 5 minggu....huhu....mlm ni WAJIB siapkan beg yg perlu standby tu....SILA JGN TANGGUH..huhu...

last week, alhamdulillah akhirnya dpt juga join daurah n dpt dgr perngisian rohani yg tlh lame x dgr....and dpt jumpe mereka2 yg lama dh x jumpa...serooonnookkk sgt2....hhuhu..ukhuwah fillah ya akhawati........abadan abada...

Monday, February 13, 2012

ape itu placenta praevia

Placenta praevia (placenta previa AE) is an obstetric complication in which the placenta is attached to the uterine wall close to or covering the cervix.[1] It can sometimes occur in the later part of the first trimester, but usually during the second or third. It is a leading cause of antepartum haemorrhage (vaginal bleeding). It affects approximately 0.5% of all labours.

bacaan lebih lanjut disini

nnt 20/2 akan g check up...tp rasenye type 1....

dan sekarang senang lapar..nak puasa mcm susah je..wuu~~macammana org lain puasa time third trimester ??? bukan apa, every thursday actually digalakkan puasa di sekolah....tapi setakat ni x dp berpuasa lagi, sebab saya lapar~~

Sunday, February 12, 2012

anniversary atok n opah

dah a few weeks atok and opah duduk dkt umah ni sbb atok sakit......tp skang dh sihat sikit dh..so dh bole mkn mknan yg dlu2 die kena pantang..huhu..klu x,sme org kne mkn sup je.....

and today is atok n opah wedding anniversary.....so uncle lop buatlah kenduri doa selamat dan kesyukuran di rumah dia....sedap2 mknan dia...hihi....and air kelapa jelly mmg sdp...1st time mkn kelapa jelly yg dlm kelapa...

baby sudah masuk 33weeks...lagi beberapa miinggu je sebelum dilahirkan...huwaaa..nervours + excited...tp ade je brg2 x settle lg...blk keje je pnt..mlm tdo awal...ish3....

nama baby pn x finalize lg...masih mencari2......

and sekarang msia sgt2lah pns...and kdg2 tetbe je ujan ribut.....klu time pns tu, kdg2 xthn rasenye, tp pk2 blk, neraka mesti lg pns..so, kena sentiasa remind diri supaya bykkn berzikir and jauhkan diri dari melakukan dosa and byk melakukan suruhan Allah...

semoga Allah memberi kesihatan,kerahmatan dan keredhaanNya kpd kita semua...

apa2pun may Allah bless all of us and give us strength to do good deeds and may we become a good muslim....

Wednesday, January 25, 2012

sila jgn mls

sudah lama x berblogging....

ish3....last week genap seminggu dah bekerja..not bad..penat jugk....yelah 8 sampai 5ptg,,,dah lame x keje lakz tu...mlm2 mmg trus cari katil...

this week baru nak cuba produktif sikit...tapikan..maybe sebab pregnant kot...cp beno penatnya..

pastu sabtu lps blk t.intan....uwaa~~jam......dari kl nak ke .intan ambil masa 6jam....sakit punggung..hhuhu....jam teruk sgt dari rawang ke hentian tanjung malim........soknye mmg sakit2 badan...tapi syok duk t.intan..dpt mkn rojak mastan,abc,ayam bakar,rendang pedas ayam dan macam2 lagi..

pastu dpt 2resepi baru....nanti rajin akan diupdate...

oh today patutnya dah keje balik..tapi sebab pegi klinik and nak wat appointment dkt annur and nak settlekan a few other things...terpaksalah ambil cuti...hihi...tp sok dah keje blk......

till then

Saturday, January 14, 2012

time management itu penting and checklist

saya sudah kena pandai bahagi masa...xleh malas2...xleh tangguh2..kena cekap.....

dah xleh nak asyik kasi excuses and menangguh bila rasa mls or penat....stamina kena ade okeh??

and kena pandai kawal pengaliran wang ye..eheh...

mr. H~~~ cpt dgr isterimu nak mengomel nih~~~~~~ hihi..bngun2,,eh awal pagi lg dkt besancon.. ^__^

antara checklist utk baby ..credit to this blog..click2


Kelengkapan Bayi

Kelengkapan Menyusu / Makan:
credit to google image
Botol Susu, Puting Susu, Berus Botol, Tempat Makan Plastik (Pinggan, Sudu, Gelas), Pakaian, Lampin, T- Shirt / Kemeja (Pilih Bahan Yang Lembut Dan Tidak Panas), Seluar Pendek, Seluar Panjang, Barut Bayi, Topi Bayi, Sarung Tangan, Sarung Kaki, Sweater / Jaket, Pampers, Kasut Bayi (Diperbuat Dari Kain Atau Bulu).


Kelengkapan Tidur
Cadar, Selimut, Selimut Bayi, Blue Liner, Lapisan Kain Untuk Alas Blue Liner, Bantal Panjang, Perabot Tempat Tidur Bayi, Tilam Kecil, Kerusi Makan (Jika Perlu).

Kelengkapan Mandi
Besen Mandi Bayi, Sabun Bayi, Syampu Dan Perapi, Minyak Bayi (Baby Oil), Sikat Rambut Bayi (Lembut), Kain Lap Mandi, Tuala, Pemotong Kuku, Bola Kapas (Cotton Ball).

Kelengkapan Lain
Bakul Pakaian Bayi, Kereta Sorong Bayi, Beg Bayi, Termos Air Panas, Tempat Duduk Bayi Di Kereta, Kain Dukung Bayi (Pilih Yang Sesuai Untuk Anda Dan Bayi), Buaian dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu.



checklist utk ibu bersalin.. credit to this blog juga..click2


Keperluan Ibu:
(Masukkan Ke Dalam Satu Beg)

Kad Pengenalan Diri, Buku Mengandung (Kad Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil), Kad Insuran Kesihatan, Kain Batik, Selipar, Stokin, Minyak (Dari Set Produk Bersalin yang anda beli), Pad (Tuala Wanita), Tali pad (jika perlu), Pakaian Dalam, Seluar Dalam Pakai Buang (jika ada), Breast Pump, Selipar, Bahan-Bahan Bacaan (jika perlu), Kelengkapan Mandi (Tuala, Berus Gigi, Pencuci Muka), Perlengkapan Kecantikan, Baju Yang Akan Digunakan Untuk Pulang (Pilih Yang Longgar Dan Butang Di Depan Agar Mudah Untuk Menyusukan Bayi), Termos, Gelas, 'Mineral Water', Makanan Ringan (Roti, Biskut Dan Sebagainya), Minuman Segera (Misalnya ; Milo, Nesvita Dan Sebagainya) Dan Lain-lain Barang Yang Difikirkan Perlu.
credit to google image


Kelengkapan Bayi:
(Masukkan Di Dalam Satu Beg)

Kain Lampin, Kain Selimut & Pakaian, Sarung Tangan dan Sarung Kaki, Tuala, Bedak Bayi, Minyak Bayi , Pampers, Tisu Basah, Botol & Susu (Ada Sesetengah Hospital Tidak Menggalakan Ibu Membawa Botol Susu, Ini Adalah Bertujuan Agar Ibu Memberikan Susu Badan Sepenuhnya Kepada Bayi), Bekas Bertutup Untuk Menyimpan Susu Perahan (jika ada) dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Keperluan Ayah(org yg meneman..mr.H xde kot time ni.. ;( ):
Kamera / Handycam, Filem, Bateri / Charger, Pakaian, Makanan Ringan, Buku, Majalah Sebagai Bahan Bacaan dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Thursday, January 12, 2012

ape nak jadi ni?Ragam manusia

CASE 1

kenapalah ada org yg berperangai seperti ini...kawasan rumah dia nak bersih...kawasan umah org lain selamba badak je dia buang sampahkan~~hurmm.....

haritu..time my family sibuk nak kemas umah n kawasan umah utk my wedding,,,pening kepale tgk sampah2 yg org lain buang dkt dgn umah ni.....bkn setakat daun kering2 yg dia orang buang...almarilah, sofalah...aiyooo...kalau tukar baru, xboleh ke suruh org yg hantar brg baru tu tolong buangkan ke tempat yg betul?jenuhlah  ummi call mpkj utk tolong buangkan sampah2 dkt situ..yelah, nanti barulah org boleh parking kereta dkt situkan...

last 2 weeks, paksu clearkan tempat yg selalu org buang sampah tu and tanamlah tebu dkt situ..so that org x boleh buang sampah dkt situ....a few days later, ntah sape yg bijak pandai dia buang sampai kat tempat yg paksu x tanam tebu...aiyoo~~kome ni...annazofatu minal iman...

CASE 2

buang sampah dari dalam kereta...pernah tgk situasi ni??

diaorg selamba je buang sampah dari dalam kereta yg sedang bergerak dekat jalan raya or dari dalam kereta yg x bergerak.....ish3.... buang sampah didalam tong sampah..bukan merata..

siap ada iklan lagi, nak mengajar rakyat jgn buang sampah dari dalam kereta..membahayakan keselamatan org laindan mencemarkan alam sekitar.....

pandai merungut, negara lain bersih, negara kita ade je sampah merata2...kalau nak bersih jgnlah buang sampah merata2...

semlm time keluar dgn ummi, ade satu kereta ni...dahlah buang sampah dari dalam kereta..pastu selamba je dia potong line traffic light...sabo je lah

itu jelah utk hari ini...

Monday, January 9, 2012

rehlah dan resepi baru

semalam pergi rehlah~~

syoknye pergi sungai..tapi x mandilah..rugi juga, tapi malas punya pasal...n seronok dpt jumpa akhawat yg dah lama x  jumpa mcm qanitah, kak wardah, kak ila, kak norul dan ramai lagi.....n anak2 mereka yg coomel juga....huhu...

kami bawa yg bekas hijau tu je..byk lg makanan..tp yg lain x snap...sibuk mkn

kena bawa potluck..so, me n akak masak roti sosej,nugget  n sosej je...paling cepat and prepare pun after subuh......kul 8pagi dah gerak nak ke sungai..


and for today, masak daging masak hitam manis and daging goreng je....gambar xada lah...tapi ni resepi dia..

daging masak hitam manis

actually ambil dari satu blog ni..tapi dah lupa nama blog dia.maaf ye pada puan blogger..and me ada tukar2 bahan2 dia..sebab ikut bahan yang ada dkt rumah..

bahan2
daging
kicap masin
air
gula
cili kering kisar(ikut suka nak byk mana..nak pedas letaklah byk)
asam keping
bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
lada hitam*
lada putih*
2 ulas bawng putih*
2biji bawang merah*
halia*

cara
1)daging direbus dengan kicap masin..letak sikit air kalau x mau kicap pekat..and xpayah letak banyak sgt..sebab nanti daging akan keluarkan air juga..rebus sampai empuk lagi senang
2)bila dah empuk, toskan dan gaulkan sedikit dgn bahan kisar tadi and goreng sekejap
3)ketepikan daging and tumiskan bahan kisar lebihan tadi
4)masukkan cili kering kisar dan kacau hingga sebati
5)masukkan air rebusan , daging, asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
6) masukkan gula secukup rasa..kalau nak senang, rebus dgn kicap manis..so xpayah masukkan gula dah
7)masak hingga mendidih dan pekat.
8)padamkan api..sedia utk dimakan...

daging goreng

daging goreng ni ala2 yg tropic dkt un*iten tu...tapi mungkin xla 100% sama

bahan2
daging
asam jawa
garam
gula
lada hitam
kunyit
bawang besar

Cara2
1)gaul daging bersama asam jawa, garan, gula, kunyit dan lada hitam...bila dah gaul rata....
2)masak atas kuali sampai air dia hampir kering....n kalau takut daging tu x empuk, tambah air..and masak sehingga empuk..
3)agak2 air dah kering....masukkan minyak, goreng daging hingga garing..
4)masukkan bawang besar yg dipotong bulat....gaul sekejap
5)siap dimasak dan sedia dimakan..

Friday, January 6, 2012

suri didlm umah

today duduk rumah lagi...goyang2 kaki je....

and today masak kari udang and sayur goreng....hurmm....tapi masih fail lah nak goreng sayur....benda plg simple tapi susah bagi ku...huk3.........and ade tempe goreng........nanti tgk ape komen2 umi,ayah n akak...eheh....oh mr. H xdptlah nak rasa..dia berada jauh nun di Besancon sane...

xpe2..isteri die dkt sini cube blaja masak lg..eh tapi kalau dah keje xtau lah msak ke x..or balik2 umi dah siap masak..hihihi.....xpe sekali sekala nnt masaklah...

xsabo nak tunggu esok..esok shopping2 barang2 bakal mak ni and bakal pekerja berjaya....hihi...and barang baby juga..kalau nampak yg best.......walaupun baby lahir bulan 4 nanti, tapi beli lah sikit2...xlah rase penat and byk sgt kena beli...............

dkt bangi, rasanya kedai manjaku tu best..mcm semua je ada...... ^___^

oklah...till then...