Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 19, 2011

mee bandung

rasanya...bila susah nak dpt makanan halal....barulah rajin nak masak...^__^

hari ni, lepas lama fikir nak masak apa....decide nak masak mee bandung...tapi mee bandung yg x byk isilah...hanya ada telur dgn sayur je....resepi dia dari myresepi... ni link dia.. klik klik..di copy paste resepi dia dibawah utk rujukan masa akan dtg...terima kasih pada tuan punya resepi..dpt juga nak makan mee bandung..kalau x, asyik2, mee goreng,bihun goreng dan macaroni goreng..huhu..

oh..seperti biasa, saya sentiasa x cukup bahan..udang basah x ada..hu~~alhamdulillah, stok udang kering byk lagi....keledek, kacang tanah, sawi, cili merah,daging, tauhu goreng dan bawang goreng serta limau x ada..waah byk kan???kalau lengkap, dan ikut resepi mesti lagi sedap..

alhamdulillah, tgk komen2 dkt tepi tu, air rebusan diganti dgn kiub pati daging pun boleh...sedap jugalah bagi yg 1st time masak mcm saya....cuma mcm tercair sikit je..and pedas...tapi saya suka pedas..so no problah...oh..sayur letak kobis cina je....sawi enggak ada sih~
ini mee bandung saya..1st time buat..eheh..mcm mee bandung org bujang...hik3

***********************
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 peket mee kuning
  • 4-6 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • 4 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.

  6.  yang nih menggunakan kacang tanah blend utk memekatkan kuah.

***********************

oh...pagi tadi buat cucur bom manis..biasalah..bangun pagi je lapar..mesti nak makan..xboleh tunggu time tengahari....hehe...terima kasih utk resepi dari blog ini...klik2...

tapi x mahu tunjuk gambar...sebabnya x cantik...hehe....tapi rasa dia sedap..tuka selera..kalau x, cucur udang kering dgn ikan bilis je....so, cubalah resepi ni.....

***********************

Bahan2 :

  • 1 sdt yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdb gula
  • 3 sdb susu pekat manis
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..(dia org buat samapi berbuih..daku punya xbuih2 pun..uhuk2)
  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng(tunggu 1/2jam je..sbb lapo sgt..xleh tahan dah)
  • Panaskan minyak masak.
  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.

***********************

kalau tgk blog masakan dia org..wah~~~terer betul diaorg masak...jadi je semua..gambar makanan diaorg pun lawa jekan...yg saya punya??alahai~~~

nampak mcm senang je kan dorg masak..tapi kalau sendiri yg buat..especially roti and baking..hurmmm.......memang susah nak terus jadi....kalau yg berkaitan dgn tepunglah, susah sikit...xada bakat kot...hik3

No comments:

Post a Comment