ni resepi sambal tumis ikan bilis hari ini.....kesimpulannya,lebih suka guna cili kering yg dikisar sendiri berbanding cili paste tu..
*************************
bahan-bahan dibawah dikisar3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm-2cm halia
1 batang serai
7 biji cili kiring(nak pedas letak banyak)
2biji tomato comel(sebab xada asam jawa)
segenggam ikan bilis
bahan-bahan lain
minyak
ikan bilis goreng
1 biji bawang merah dihiris
air ikut suka
garam
gula
cara-cara
tumis bawang merah yang dihiris sehingga naik bau...
masukkan bahan-bahan yang dikisar..dan masak sehingga naik minyak.(walaupun daku kurang arif bila naik minyak tu.agak2lah)..
bila dah naik minyak, letaklah air ikut suka jika x nak sambal tu terlampau pekat....letak garam dan gula secukup rasa..ikan bilis goreng..
kalau nak letak bawang besar yg dipotong pun boleh...agak-agak dah menggelegak tu,tutup lah api..
*************************
banyak nye kena belajar resepi..yang dah tahu still kena tajamkan,bagi sedap....yang xtahu, sedap x sedap makan je eh~~~xbaik membazir..haha..
No comments:
Post a Comment